Saturday, December 24, 2011

Pembiakan Ikan Guppy

Assalamualaikum.

Sekarang kita nak bercerita mengenai bagaimana ikan guppy ni membiak.
Ikan guppy senang sangat nak membiak. Tapi, kita kena pastikan jenis guppy tu dahulu.. kang beli dua-dua betina nak beranak apenye..hihi..sah-sah la x beranak dan x berwaris ikan tu. Info mengenai ikan guppy ni saya cilok cket dr blog sahabat ni...Laman Shaniza jadi pasni kalo nak info lbh lanjut leh gak skodeng-skodeng laman dia..Thanks Shaniza.

Jantina Ikan Guppy

1) Jantan
     Ciri-ciri :  1) Bersaiz kecil berbanding yang betina
                     2) Ekor di bahagian belakang lebih panjang dan menarik 
                          berbanding ikan guppy betina (sirip kaudal)
                     3) Sirip atas mempunyai warna yang seragam dengan sirip
                          kaudal.

 (Gambar 1: Ikan Guppy jantan)

2) Betina
     Ciri-ciri : 1) Bersaiz besar berbanding dengan ikan guppy jantan
                     2) Perut kelihatan sedikit buncit berbanding yang jantan
                     3) Mempunyai ekor yang pendek berbanding yang jantan

(Gambar 2 : Guppy betina jenis Mosquito)

Jadi bila dah ada ikan guppy jantan dan betina, faham-faham jela....diorg pun menjalankan tugas untuk mebiakkan waris-warisnye (ikan guppy  jantan akan memasukkan alat kelaminnya yang dipanggil gonopodium ke dalam lubang genital ikan betina dan melepaskan miltnya)... Biasanya ikan guppy ni mengandung sebulan je. So perhati2kanlah ikan tu..takut-takut dah beranak kang naya tak asing..

Perhatian!!!
Bila dah nampak je cam jentik-jentik kat aquarium, kita kena asing cepat induk jantan dan betina daripada aquarium tu. WAJIB....sebab induk akan makan anak-anak tu...terutama bila LAPAR.. jadi kesianlah kat anak-anak tu...SO sebaiknya, kita belilah tank aquarium 2 biji untuk spare kalo diaorang da beranak..:P  
 


Friday, December 23, 2011

Persediaan Jaga Ikan Guppy

Assalamualaikum..

Macam mana nak mula jaga ikan GUPPY??
Macam buat rumah n masak gak...kite perlukan bahan dulu.

Bahan-bahan (boleh beli kat kedai pet je)
1) Balang Akuarium (Sebaiknya yang panjang dan lebar) 
     - Plastik saiz sederhana (RM 8.90)
     - Kaca saiz kecil (RM 10.00+)
2) Penyedok (Jaring ikan) (RM1.00+)
3) Anti Klorin sebotol (RM 1.00+)
4) Makanan ikan betta sebungkus (RM 1.00+)
5) Mesin Oksigen kecil (RM 7.00+)
6) Batu hiasan sebungkus (RM 2.00+)
7) Pokok Hiasan
      - Plastik (RM 2.00+)
      - Hidup ( RM 1.50 sepohon)
8) Ikan Guppy Jantan seekor (RM 1.00+)
9) Ikan Guppy Betina seekor (RM 0.50+)

         (Gambar 1 : Aquarium  kecil dan tinggi, sebaiknya beli yang lebar
                            dan panjang)



( Gambar 2: Jaring, anti klorin dan makanan ikan)


(Gambar 3 : Mesin oksigen bersaiz kecil)
Bila dah ada bahan boleh la kite pelihara ikan guppy nie. Kos untuk pelihara pun murah je..sekitar RM25.00++ je. Tapi kite kena wat research gak tentang ikan guppy ni. Sbb kalo nak dia tahan lama, kita kena faham ttg habitatnya.

Bermula cite ikan guppyku :P

Assalamualaikum....

Macam mana saya leh pelihara ikan Guppy ni... semua kawan saya yang bernama AIMI & PAAN nye pasal... SBB TANGKI DIAORANG DA PENUH NG KETURUNAN GUPPY SI PAAN...haha...diaorg bg saya ikan guppy yg cumil 6 ekor semuanya mak guppy dan bermula la cer saya jaga guppy keturunan paan n aimi ni..

Apa itu IKAN GUPPY??
Ikan Guppy Jantan (Sumber: ambik kat google image


Ikan Guppy ni sebenarnya diambik daripada nama penyelidik dia memula dulu, nama dia Robert John Lechmere Guppy (betuah tol la kalo jumpa2 ikan ni pastu leh bg nama kita :D). Guppy ni gak datang dari keluarga Poeciliidae, seketurunan ng ikan molly n platy.

Kalo nak tahu gak, ikan guppy ni melahirkan anak...memula tu rasa mcm x percaya tapi itulah realitinnya..bertelur dalam perut dan menetas dalam perut pastu bila dah kembong sangat n cukup waktu ikan betina tu melahirkan anak.

Ikan Guppy ni banyak juga la kelebihannya...
!) Boleh menenangkan fikiran (kepada insan yg ske kat binatang)
2) Boleh kawal nyamuk membiak terutamanya kat kolam or pasu-pasu tanaman berair. (Tapi kalo keadaan air terlalu kotor ikan mati gak) hihi.
3) X susah nak jaga (Boleh gak x guna Oksigen (o2) tapi kena jaga kualiti air) sebaiknya guna la o2.
4) Banyak kat pasaran dan harga pun murah..(selalunya yg betina lagi murah banding yang jantan....sebab yang jantan tu KASANOVA..lebih cantik dan DIVA berbanding ikan betina).. 

Jap g saya cite plak camne nak jaga n biak ikan guppy...